Latest Entries »

Tegur Isteri Tanda Sayang

Tinta Hikmah

 

Tegur Isteri Tanda Sayang

“Hidup berumah ini ini perlu ada seninya”, nasihat seorang tua pada saya pada suatu hari.

“Seni bagaimana tu Pak Cik?”, tanya saya sambil tersenyum dan seterusnya ketawa.

“Ish kamu ni, jangan fikirkan yang bukan-bukan”, balasnya.

“Tak adalah Pak Cik, saya mengusik ja”.

“Macam ni, ada banyak seni yang yang perlu dipelajari terutamanya yang baru bergelar suami seperti kamu”.

“ Seni bagaimana tu Pak Cik”.

“Ada banyak seni sebenarnya. Tapi salah satu seni yang paling penting diperingkat awal perkahwinan ini adalah seni menegur isteri”.

Menegur Isteri Suatu Cabaran

            Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki. Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.

            Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama…

View original post 570 more words

pengubat hati

MERDEKAKAH KITA?

Genta Rasa

download

Setelah lima puluh enam tahun merdeka…

Setelah lebih lima dekad Melayu memerintah

merancang dan melaksanakan pembaharuan

mengapa katanya Melayu masih ketinggalan?

menjadi ‘penumpang’ dengan gelar ketuanan

menjadi ‘pengemis’ dalam watan yang kaya-raya

menjadi ‘miskin’ di kepuk bumi sendiri

menjadi ‘melukut’ dalam gantang peribumi

Ah, melayukah Melayu ini?

yang melarat di pertiwi sendiri?

 

Tahap ekonomi masih jauh dari sasaran DEB

Takah 30% kabur,

langkah mencapainya sering terbentur

usahawan kecil lemas dalam bantuan

korporat ‘instant’ tenggelam dalam pinjaman

Lahir segelintir elit ekonomi yang lupa jati diri

kaya raya oleh label bumiputera, tapi sudahnya melupakan bangsa

Lahir pula usahawan marhein yang miskin

Walau ilmu ditabur modal dihulur,

tapi bisnes tak ‘betul-betul’

‘berniaga buluh kasap’

modal habis untung lesap!

bankrap terlalu kerap – itu bukan lagi sesuatu yang hina

tapi satu strategi penuh rencana

 

Dasar Pelajaran Kebangsaan masih impian

Bila pelajar Melayu terus ketinggalan

Di IPTA atau di IPTS  –  dari segi…

View original post 641 more words

Renungan bersama…

Genta Rasa

arifin-ilham-poligami1

 1.      Sekalipun selepas kematiannya…

“Saya tidak akan maafkannya,” tegasnya berkali-kali.

Saya tunduk simpati.

“Saya tidak akan maafkannya.”

Dia semacam tidak puas dengan penegasannya. Mengulangnya lagi.

“Apa untungnya puan tidak memaafkan?”

“Perbuatan dia menduakan saya sangat menyakitkan hati. Tidak sangka ada wanita lain di hatinya selain saya.”

“Puan… bukankah suami puan sudah meninggal dunia. Apa salahnya puan maafkan dia. Tidak ada apa-apa yang nak dicemburukan lagi. Terimalah hakikat dan susun semula kehidupan baru dengan anak-anak. Itu yang lebih utama. Semuanya sudah berlalu, hadapi yang sekarang.”

“Sayidatina Aisyah lagikan cemburu kepada Sayidatina Khadijah yang telah meninggal dunia, apatah lagi saya, seorang wanita biasa,” tekan wanita itu tanpa peduli kata-kata saya.

“Subhanallah, Sayidatina Aisyah cemburukan kebaikan Siti Khadijah yang selalu disebut-sebut oleh Rasulullah walaupun setelah kematiannya. Cemburu kepada kebaikan madu yang masih disebut suami walau setelah kematiannya berbeza dengan sikap tidak memaafkan suami yang telah mati kerana berpoligami secara sembunyi-sembunyi,” nasihat saya.

“Apa…

View original post 1,211 more words

Mujahadah dalam diri,melawan setiap desakan hawa nafsu untuk memiki cintamu ya RABB amat payah…..namun ku gagahi setiap kelemahan diri dengan sentiasa berdoa agar diri ini tidak mudah tergoda dengan bisikan -bisikan syaitan yang ingin mengheret aku untuk berpaling dari meraih cintamu Ya ALLAH..Al Quran dan Sunnah sentiasa menjadi pegangan dan amalanku..kerna ku tahu janji MU benar bagi hamba-hamba MU yang sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayangMu.Jannah itu bagi mereka yang ENGKAU redhai dan kasihi…..ku harap diri ini mampu memasuki pintu2 JannahMU itu ya RABB….pimpinlah daku,hidayahkanlah aku…hati yang sentiasa tawadhu’untuk memperoleh cinta MU Ya RABB…Amin